الأحد، أغسطس 22، 2010

Berbakti Kepada Orang Tua


Allah telah berfirman di dalam Al-Qur'an, dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan"ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (QS. A-Isra (17): 23)

Dalam surat yang lain, Dia berfirman, Dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik. (QS.Luqman (31): 15)

Dan pada ayat sebelumnya Allah SWT berfirman, Bersyukurlah kepada-Ku dan kepadakedua orang tuamu, hanya kepada-Ku kalian kembali. (QS. Luqman (31): 14)

Diriwayatkan dari Ibn Abbas, dia berkata, Barangsiapa bangun pagi dalam keadaan marah kepada kedua orang tuanya, maka dia telah memperoleh dua pintu yang terbuka menuju neraka. Dan barangsiapa sore hari marah kepada kedua orangtuanya, maka dia telah menjalani waktu sore dengan mendapatkan dua pintu terbuka menuju neraka. Dan jika hanya kepada salah seorang dari mereka, makadia memperoleh satu pintu, meskipun keduanya berbuat zhalim kepadanya, meskipun keduanya berbuat zhalim kepadanya, meskipun keduanya berbuat zhalim kepadanya.

Dan dari Abdullah bin Umar ra., dia berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda, KeridhaanTuhan terletak kepada keridhaan orang tua, dan kemurkaan-Nya terletak padakemurkaan orang tua. Dan dia juga bercerita bahwa ada seseorang yang datangkepada Nabi SAW dan berkata, Wahai Rasulullah, sungguh aku ingin berjihad! Rasulullah SAW bertanya, Apakah kedua orang tuamu masih hidup?Ya, masih, jawab orang itu.Rasulullah SAW berkata lagi, Maka berjihadlah untuk keduanya.

Wujud dari berbuat baik kepada kedua orang tua bisa berupa pemenuhan apa yangdi butuhkan oleh keduanya, menghindarkan keduanya dari segala bahaya,memelihara dan merawatnya dengan penuh kesabaran dan kelembutan, tidak berlakukasar kepada keduanya, dan tidak menolak permintaan keduanya. Mohonkanlah ampunannya bagi keduanya setiap selesai shalat, jangan membebani dengan hal-halyang melelahkan, jangan meninggikan suara diatas suara keduanya, dan janganpula membantah keduanya selama yang mereka inginkan tidak bertentangan dengansyariat. Artinya, semua perlakuannya kepada orang tua tidak sampai membuatnyameninggalkan kewajibannya; ibadah haji, shalat lima waktu, zakat, penunaian kafarat dannazar. Atau perlakuannya tidak mendorongnya itu tidak mendorongnya melakukan berbagai larangan dan hal-hal haram; berzina, minum minuman keras, membunuh,qadzaf (menuduh berbuat zina tanpa bukti nyata), mengambil hak milik oranglain, baik melalui ghasab maupun pencurian. Hal itu didasarkan pada sabda Rasulullah SAW., Tidak ada ketaatan bagi makhluk dalam berbuat maksiat kepadaAllah. Dan Allah berfirman dalam Al-Qur'an, Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu,maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di duniadengan baik. (QS. Luqman (31): 15)

Hadits dan ayat diatas bersifat umum; larangan menaati siapa saja yangmemerintahkan untuk berbuat maksiat atau mengabaikan ketaatan kepada Allah.Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib mengenai seseorang yangdilarang melaksanakan shalat berjamaah oleh kedua orang tuanya, maka Imam Ahmad mengatakan, Tidak ada ketaatan bagi keduanya untuk meninggalkan shalat fardhu.Tetapi jika untuk shalat sunat, maka hal itu dibolehkan, bahkan lebih baik untuk menaati keduanya.

Di antara birr al walidain lainnya adalah menyambung tali silaturahmi padaorang yang menyambung silaturahmi dengan orang tuanya, menjauhi orang yang menjauhi keduanya, marah untuk keduanya seperti marah untuk dirimu sendiri. Danjika muncul kemarahan kepada keduanya, maka ingatlah akan perjuangan keduanya membesarkan, mendidik, membimbing, membanting tulang untuk kepentinganmu, Allah telah berfirman, Dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia Jika engkautidak mengasihi keduanya, maka ketahuilah bahwa engkau terlaknat dan mendapatmurka. Maka bertobatlah kepada Allah jika amarahmu sudah menurun. Dan janganlah engkau melakukan perjalanan bukan untuk suatu hal yang wajib kecuali atas perintah keduanya. Jangan pula berangkat perang kecuali atas izin keduanya.Jangan menyakiti keduanya. Dan sekali-kali jangan memisahkan orang tua darianaknya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW., Allah melaknat orang yang memisahkan orang tua dan anaknya. Jika punya banyak makanan dan minuman,hendaklah engkau mengutamakan yang baik-baik untuk keduanya.

Syaikh Abdul Qadir Jailani

السبت، أغسطس 21، 2010

MANUSIA tidak sunyi daripada dosa. Hanya perbezaannya sama ada dia melakukan dosa besar atau kecil. Sebab itu Allah menyediakan taubat untuk membersihkan dosa. Untuk meletakkan dosa sentiasa dibersihkan, taubat hendaklah dilakukan sepanjang masa.

Setiap kali melakukan dosa, bersegera bertaubat. Namun, tidak pula kita mengambil kesempatan melakukan dosa dan kemudian bertaubat. Setiap taubat hendaklah diiringi perasaan menyesal melakukan perbuatan dosa. Kemudian tanam di dalam hati tidak mahu mengulangi perbuatan itu.

Yang dikatakan berulang-ulang taubat ialah jika terlanjur melakukan dosa lagi, biarpun ketika taubat sudah berikrar tidak akan mengulanginya. Sememangnya, manusia memiliki sifat lupa dan lalai. Keadaan iman yang lemah mudah mendorong manusia lupa pada ikrar sendiri.

Paling ketara, kelalaian dan lupa berlaku ketika usia muda. Jiwa muda mudah tertipu dengan muslihat yang dirancang syaitan.

Sebab itu timbul ungkapan, muda hanya sekali. Masa muda lakukan apa saja yang diingini tanpa memikirkan dosa. Apabila tua nanti, taubat dan beribadat banyak. Namun, kebanyakan mereka itu lupa, maut tidak mengenal usia.

Sedangkan, syaitan pula tidak mengenal usia untuk menyesatkan manusia. Jika ketika usia muda mudah tergoda hasutan syaitan, begitu juga ketika tua. Syaitan akan memberi tumpuan kepada golongan tua agar terus melakukan kejahatan dan lupakan taubat. Syaitan tidak mahu usahanya dahulu sia-sia apabila manusia bertaubat dan banyak beribadat sebelum menemui ajal.

“Sudah dekat kepada manusia hari hisab segala amalan mereka sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). Tidak datang kepada mereka suatu ayat al-Quran pun yang baru (diturunkan) daripada Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main” (Surah al-Anbiya, ayat 1-2).

Dalam diri manusia ada hati, yakni seketul darah yang berperanan mengawal perlakuan jasad dan minda manusia. Perlakuan dosa yang diulang-ulang secara sedar membentuk titik hitam di hati.

Terlalu banyaknya titik hitam menyebabkan warna hati bertukar menjadi gelap. Secara rohaniahnya, titik hitam yang tidak dibersihkan akan menyebabkan lebih banyak lupa dan kelalaian.

Taubat dapat membersihkan hati. Seperti pakaian, jika hendak kelihatan sentiasa bersih, kenalah sentiasa dibasuh. Kekotoran yang banyak dan lama tidak dibersihkan sukar untuk dibersihkan kemudiannya.

Ada sebahagian tidak berasa berdosa terhadap apa dan kepada sesiapa pun. Ia berpunca kurang didikan agama dan hidup pada persekitaran tidak mesra agama. Kesannya, dosa kecil berlaku berterusan dan yang besar menjadi kebiasaan.

Jika berlaku dosa, maka segeralah mohon keampunan Allah. Ia termasuk dosa kecil. Jangan menganggap dosa kecil tidak mengotorkan hati. Ini bagi membina kehidupan yang berasakan tidak senang biarpun hanya membabitkan dosa kecil.

Apabila amalan baik sudah sebati dengan diri, ia akan memberikan rasa kekebalan untuk menghadapi cabaran lebih besar.

Justeru, taubat berulang-ulang menjadikan hati sentiasa bersih. Keadaan itu dengan sendirinya sukarlah kekotoran lain melekat. Cahaya keimanan terpancar dari hati menghalang perbuatan dosa disengajakan.

Sebaliknya, hati yang kotor lebih tertarik melakukan perbuatan dosa. Lama kelamaan hati akan tertutup terus daripada cahaya keimanan. Sukarlah untuk kembali ke jalan diredai. Namun begitu, Allah itu Maha Pengampun bersedia sanggup menghapuskan segala dosa hamba-Nya yang bertaubat.

Doa adalah cara mengelak godaan syaitan. Ia satu usaha yang meletakkan kita dalam sedar dan berhati-hati terhadap ancaman. Hati akan terasa dekat dengan Allah dan sentiasa menyerahkan urusan hidup kepada-Nya.

Permulaan untuk mencegah hati menjadi kotor dan lalai ialah menjaga anggota badan. Pertama, kawal mulut daripada mengucapkan perkataan tidak baik berupa fitnah, mencela, mencaci dan mengumpat.

Kedua, elak mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Ketiga, berhati-hati dalam soal memilih makanan dan minuman agar terhindar daripada sumber dan jenis haram.

Keempat, menghalang kaki daripada berjalan menuju ke tempat yang berlangsung maksiat. Kelima ialah jauhkan tangan daripada melakukan atau mengambil sesuatu yang haram. Dan, keenamnya, jagalah kemaluan agar tidak melakukan zina.

الجمعة، أغسطس 20، 2010

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN :HAK KPD NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Ukuran iman:
DARIPADA Abi Umamah (r) katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.: Bila menggembirakan kamu oleh kebaikan dan mendukacitakan kamu oleh kejahatan maka kamu adalah orang yang beriman. (Riwayat Ahmad)

Pengertian:
Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan ada dua sifat orang yang beriman iaitu bergembira bila mengerjakan kebaikan dan berdukacita bila melakukan kejahatan. Dia segera menginsafi dirinya dengan bertaubat dari segala kesalahan dan kembali mengerjakan amal salih untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t.

Kesimpulan:
Kenali diri sendiri adakah mukmin atau sebaliknya melalui pengukuran ini.

الخميس، أغسطس 19، 2010

kenapa aku diuji?!
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang² yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(surah al-Ankabut : ayat 2-3)


kenapa aku tak dapat apa yg aku idamkan?
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(surah al-Baqarah : ayat 216)


kenapa aku diuji seberat ini?
" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(surah al-Baqarah : ayat 286)

aku frust ...
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang² yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang² yg beriman."
(surah ali-Imran : ayat 139)


bagaimana harus aku menghadapinya?
" Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(surah ali-Imran : ayat 200)

" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(surah al-Baqarah : ayat 45)

apa yang aku dapat daripada semua ini?
" Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang² mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka .."
(surah at-Taubah : ayat 111)

kepada siapa aku berharap?
" Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(surah at-Taubah : ayat 129)

aku tak dapat tahan .. !!!
" ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(surah Yusuf : ayat 12)